Setiap manusia mempunyai masalah.
Dan setiap masalah itu pasti dapat diselesaikan.
Kita diuji mengikut tahap kemampuan.
Dan ujian itu datang dalam pelbagai bentuk.
Sekuat mana kita mampu bertahan.
Seteguh mana hati kita menerima ujian itu.
Sekental mana kita harungi dugaan.
Ingatlah, ada manusia lain yang dapat ujian lebih daripada kita.
Kita harus sentiasa bersyukur.
Walaupun bermacam dugaan dan rintangan yang datang.
Itu tandanya Allah sayang akan hamba2nya.
Pasti ada hikmah.
Kuatkan jiwa untuk menerima segala ujian.
Kuatkan minda untuk bersedia dengan dugaan.
Kuatkan hati untuk tidak lemah.
Jangan berputus asa sebab Allah sentiasa bersama kita.
Insya'Allah...
No comments:
Post a Comment
AWESOME PEOPLE :)