Blogger Backgrounds

11 February 2013

Tidak Pernah Sombong

Aduh.. Aduh.. Aduh..
Mengapa bilang saya sombong?
Tolong. Saya tidak sombong. 
Pernah ke awak tegur saya tak layan?
Tak pernahkan.
Haishhhh peliklah saya.
 Itu pon nak cakap saya sombong.
Kalau saya ni memang betul2 sombong, saya tak ada kawan pon kat dunia ni.
Semua tak nak kawan.
Sedih betul bila diCOP sombong ni.
Alahai.. 
Saya tak pernah pon terfikir orang disekeliling saya sombong.
Yela, mesti ada reason juga mereka macam tu.
Kita ni manusia. Macam2 ragam ada.
Tak hairanlah.
Pada saya semua okay.
Sebab Allah cipta manusia semua sama.
So, tak perlu nak judge seseorang itu macam mana.
Tengok diri sendiri dulu.
Tak semestinya kita tak bertegur kita nie sombong.
Betul tak?
Hmmm..Hmmm masalah2.
Btw, terima je la apa orang nak cakap.
Yang penting kita tahu diri kita.
Orang lain menilai.
Tapi tak semestinya penilaian yang dibuat tu 100% betul.
Hehehehe :)

Kuatkan Hambamu

Setiap manusia mempunyai masalah.
Dan setiap masalah itu pasti dapat diselesaikan.
 Kita diuji mengikut tahap kemampuan.
Dan ujian itu datang dalam pelbagai bentuk.
Sekuat mana kita mampu bertahan.
Seteguh mana hati kita menerima ujian itu.
Sekental mana kita harungi dugaan.
Ingatlah, ada manusia lain yang dapat ujian lebih daripada kita.
Kita harus sentiasa bersyukur.
Walaupun bermacam dugaan dan rintangan yang datang.
Itu tandanya Allah sayang akan hamba2nya.
Pasti ada hikmah.
Kuatkan jiwa untuk menerima segala ujian.
Kuatkan minda untuk bersedia dengan dugaan.
Kuatkan hati untuk tidak lemah.
Jangan berputus asa sebab Allah sentiasa bersama kita.
Insya'Allah...

06 February 2013

Tak Pandai Menipu

Salam sejahtera kepada semua reader yang sudi jenguk blog yang tak seberapa ni.
Sekadar mengisi masa lapang bersama story yang dapat dilekatkan disini.
Ada ker yang baca setiap entry baru yang aku buat.
Hahaha never mind :)
 
Nak dijadikan cerita tentang tajuk besar yang bergerakk-gerak tu muncullah rekaan semata-mata ni. Ehhh ini betul-betullah. Hihihi. Apa yang dimaksudkan dengan tak pandai menipu ni? Confius? Jangan pening-pening. Tu cuma tajuk jea. HAHAHA.
 
Okay back to story. Kita ni manusia memang tak boleh nak menipu. Serius kan. Kalau menipu pon cuma berapa lama jea dapat bertahan. Sekejap je la. Confirm 100%. Kita tak boleh menipu orang lain dan diri sendiri. Yela, apa yang kita dapat dengan menipu. Lagi lah perasaan kita rasa gelisah, takut, dan macam2 lah. Betul tak? 
 
Orang cakap, kadang2 manusia ni pandai menipu diri sendiri. Ehhhh? Silap tu. Manusia tak pandai tipu diri sendiri. Yela, kadang2 mulut cakap lain tapi dalam hati siapa yang tahu. Hihihi. Terasa pulak >__<. Betul. Aku pun manusia juga dan pernah terjadi macam ni. Dan rasa dia sangat sakit. Mana tak sakit. Kena tanggung penipuan yang kita reka sendiri. Yes, Tentulah berkaitan dengan perasaan. Apa lagi kan. HAHAHA. tapi kalau boleh lepaskan je apa yang terpendam dalam hati kita ni. Jangan simpan. Memang sakit.
 
Walaupun susah bagi kita nak kikis perasaan tu, tapi dengan cara tu jugalah kita dapat rasa tenang dalam diri kita. Serius. Jangan difikir perkara yang lepas. Banyak lagi benda baru yang bakal kita jumpa. Kehidupan kita masih panjang. Insya'allah ada sesuatu yang bakal kita perolehi suatu hari nanti. Percaya pada takdir.

31 January 2013

Penakutkah aku?

Salam semua...
Wah rajin pulak sekarang buat aktiviti menaip ni kan :)
Dulu punyalah malas nak menaip bagai ni.
Tapi sekadar hilangkan bosan dan berkongsi apa yang ada je la.
Hihihi ^__~
 
Tengok pada tajuk ! PENAKUTKAH AKU? Ehhh apa cerita pulak kali ni. Haaa ni lah yang dikatakan dunia ni kecik je. Hambik kau fana. Nak terkucilkan bila benda ni jadi lagi. Fuhhh ~~~~ Setelah lama benda ni jadi kat kau dulu ianya berulang lagi. Kali ni memang depan mata je. Nasiblah... 
 
Cerita dia cume sebab ada someone yang aku memang tak kenal langsung duk perati aku. Kalau dulu dia follow. Haaa aku naik kereta dia naik motor. Pon boleh nak follow sampai kampung aku kan. Nasib baik tak ikut sampai rumah. Sumpah time tu cuak giler. Ingat tu pertama dan terakhir. Rupa-rupanya datang lagi dia kat hidup aku. Bapak ahhh. Kali nie memang depan mata. HAHAHA mau aku tak cam muka dia. Walaupun dah lamakan. Duk perati pulak aku kat kedai. Ishhhh giler babeng. Konon2 nak beli barang. Sekali aku toleh kat dia terus kelam kabut kan. Then mulalah datang cuak aku. Terus amik keputusan lari belakang kedai nak sembunyi. *Asalkan aku selamat time tu*. HAHAHA. Mau tak lari bila dia tengok macam tu. Errr seram lah aku. Bak kata adik aku kenapa mesti wujud orang macam tu. Hurmmm biasakan. Manusia ni macam2 perangai dia. So, tak boleh nak percaya kat siapa2. Lepas ni nak kene hati2. Tengok sekeliling dulu. Rasa selamat baru go. Hihihi. Tapi nasiblah dia tade kejar naik motor lagi. Tak tahu lah dia nak ape sebenarnya. Tak sempat tanya sebab dah ketakutan sangat2. Giler tak takut. Moral of the story, janganlah kuar sorang2. Hati2 dengan orang sekeliling. Tak boleh percaya kat semua orang termasuk orang yang rapat dengan kita. Mana tahu dia tikam dari belakang. Betul tak :)

p/s: Kepada semua. Hati2 bila berada disekeliling orang yang tidak dikenali..

29 January 2013

Dulu...

Dulu tiap hari kita jumpa
Sekarang setahun sekali pon tak nampak batang hidung
Dulu sehari tak dengar suara tak sah
Sekarang tak telefon pon takpe
Dulu kalau tak mesej kene marah
Sekarang tak mesej perkara biasa
Dulu sebelum tido mesti wish GUDNYTE
Sekarang dah tade lagi dah
Dulu masa telefon sayang nak end call
Mesti masing2 tak nak end call dulu
Tapi sekarang call pon tak
Dulu dapat share semua benda
Sekarang perkembangan pon tak tahu


Dulu dengan sekarang sangat berbezakan. Banyak yang berubah. Tak tahu kenapa. Ehh bukan berubah. Memang tak kan dapat balik macam dulu. Dulu adalah kenangan. Sekarang adalah masa depan. Just ignore yang dulu. Tak semua kenangan kita perlu ingat sampai bila2. Just jadikan pengalaman dan pengajaran dalam hidup. Pasti ada sesuatu yang bakal kita perolehi suatu hari nanti. Insya'Allah :)
 

Kenangan Itu Muncul Semula

Jangan salahkan takdir
Jangan menyesali apa yang telah terjadi
Jangan kau menangis mengenang nasib
Tanamkan dalam jiwa
Setiap yang terjadi ada sesuatu yang sangat bermakna
 
Jika di cerita tentang masa lalu, pasti macam2 yang bermain di minda. Jika di ingat cerita lama, pasti kau tersenyum lebar. Jika diingat kenangan lalu, pasti ada yang mengalir airmata. Sesungguhnya, kenangan yang tersemat dalam jiwa tak boleh di "DELETE". Tapi jika kenangan itu sangat mengganggu cubalah untuk merelakan dia pergi dan hilang dari mindamu.

Tak semua indah dalam hidup. Tapi belajar untuk menerima apa sahaja yang datang. Mungkin itu adalah salah satu ujian dalam hidup kita. Tiada pahit kita tak akan rasa manisnya kehidupan ini. Lumrah Hidup. 
 
Saat ini, banyak yang aku cuba untuk lupakan. Sangat sakit. Sangat perit. 4 years bkn tempoh masa yang kejap. Kadang-kadang semua benda nak ingat dan tak hairanlah bila airmata jatuh. Nampak seperti tiada masalah. Tapi dalam hati tak siapa tahu. Terasa berat beban yang di tanggung. Tapi cukuplah untuk memerhati dari jauh. Sebab aku tahu pertemuan itu hanya sekejap. Dan bila dapat memiliki memang terasa indah. Walaupun sekejap banyak benda yang boleh di ceritakan. Banyak benda yang kita kongsikan. Sehinggalah sekarang. Kenangan itu menjadi peneman. 
 
 

24 January 2013

Rasa Itu...

Jika dipersoalankan tentang kehidupan
Banyak coretannya
Banyak lukisannya
Banyak kenangannya
Jika dulu kita bersama
Kini kita hanya sejarah
Jika dulu kita bersua
Kini kita hanya merasa kerinduannya
Engkau adalah semangat
Engkau adalah sahabat
Tidak perlu bersedih
Tidak perlu meratap
Hakikatnya engkau dan aku tidak lagi bersama
Dan tidak mungkin melakar kenangan
Simpanlah apa jua yang ada
Sebagai penemuan yang tiada akhirnya...
 
.img {filter:alpha(opacity=100); -webkit-transition-duration:.5s; -moz-opacity:1.00; opacity:1.00;} img:hover {filter: alpha(opacity=100); opacity:1.00;} .img:hover {filter:alpha(opacity=60); -moz-opacity:0.6; opacity:0.6;}