Blogger Backgrounds

20 January 2012

Bagaikan nak gila dibuatnya

Salam...
Hye Blog ku tercinta...
Hye Readers yang skodeng2 blog yang tak seberapa nie...
Hari nie muncul balik untuk segmen conteng...
HAHAHA

Mata keatas tengok title, tangan tekan button lappy . Aikkk ape seyhhh . Merepek jea kan . Seakan-akan dah biol sikit kepala aku nie . Mana taknya, tiap masa dan tiap hari memikirkan pasal projek akhir . Waduhhhh..macam nak buat tender pulak rasanya . Itu lah, ini lah . Dengan maklumat yang dibagi tak berapa nak betul . Yang sana ckp itu, yg sini ckp ini . Last2, kumpulan kami buat seperti apa yg dirancang . Haaaa mudah-mudahan lecture tak banyak cakap . Biar lah kami nak buat ape kan . Nie last projek kami . So, pada kami biarlah kami usaha utk buat yg terbaik walaupun kami hanya dalam kumpulan yang kecil . Yess, kami hanya harapkan sokongan dari pihak2 yang lain .

Sekarang masa untuk memikirkan pasal proposal yang hendak di submit next week . Perah otak !





14 January 2012

Ke Arah 21 Tahun

Dear Readers,
 Hari nie 14 Januari 2012 .
2 hari lepas 12 Januari 2012 .
Tarikh yang amat ditunggu-tunggu oleh aku .
Why ???
Sebab aku akan masuk ke alam 21 tahun .
Dan sekarang umur aku dah genap 21 tahun . HAHAHAHA .

Actually nak conteng kat blog sendiri tentang kejadian yang menimpa aku pada umur 21 nie . First, macam biasa bila besday seseorang . Kawan2 dah get ready nak kenakan kita kan . Dan aku terasa sangat SWEET malam tu sebab kene simbah dengan air ramuan titikpeluh housemate aku semua . Wangian yang pelbagai jugak la aku dapat bila air tuh disimbah tepat pada aku kan . Then, siap sedia dengan tepung setengah paket . Huaaaaa dah agak dah kene . Penuh satu badan dengan tepung . Terasa macam jadi ZOMBI malam tuh . Haihhhhh ..... Actually dah taw awal plan mereka nie . Yess, tetiba pulak dorg nak g kedai memalam . Then, aku terdengar suara2 sumbang pasal plan dorg nie masa dorg kat bilik . HAHAHA . Tapi buat2 tak tau sudah kan :)

Second benda yang terjadi . Haaaa sakit meyh . Sebab apa ??? Sebab aku jatuh tangga pagi2 buta . Baru kuar bilik air masa tu . Biasa la, kaki tengah basah . Tah macam mana erkk salah parking pulak kaki nie . Terus zapppppp jauh tangga . Argghhhhh aku jea tau sakitnya macam mana . Habis baldi yang ada kat tangga tu aku langgar . HAHAHA . Dapat la hadiah kan sebab luka kat siku meninggalkan kesan pada aku hari tu :D

Last, after kelas petang tu lagi sekali aku kene . Kali nie dengan classmate pulak . Arghhhhh aku nampak tepung+telur . Banyak jugak telur dorg bawak masa tuh . Dalam 5 or 6 biji kot . Aisehhhhh lemah dah aku bab2 cam nie . Aku fikir kalau kene telur mau tak menangis aku . Errrr patut yer bukan aku yang kene larh . Tak aci meyh . Nasib la tak banyak tepung melekat kat baju aku time tuh . HAHAHA . Alhamdulillah la kan . Hihihihi :)

Papepun thank kepada semua pihak yang terlibat utk kenekan aku . HAHAHA . Aku ingat sampai bila2 . Insya'Allah time besday korg aku balas balik . Hihihihi :D




08 January 2012

Love At First Sight

Dear Readers, Follower & Blogger...

Hari nie 8/8/2012, dan terasa ingin cuci mata dengan membaca blog2 yang aku jumpe . HAAAA pelikkan . Dan ada satu perkara yang amat menarik minat aku untuk menambah koleksi blog, membuat senaman jari jemari dan refresh balik ape yang patut untuk entry kali nie . Bila jeling sikit title kat atas tu, korang akan nampak perkataan nie "Love At First Sight". Betul tak . Hihihi dah agak dah .

Okay, kenapa entry nie aku buat ? Mesti bersebabkan . Bukan sebab aku, tapi sebab die . Siapa die ??? Kawan aku la . HAHAHA . Pening2 jea aku nie kan . Yes betul . Idea dari seorang kawan maka wujudlah entry nie dalam blog aku . Okay, jom kita tengok ape yang aku nak lekatkan kat entry nie :D


Apa yang korang faham pasal Cinta Pandang Pertama ? Haaaa mesti tahu kan . Kalau tanya kat aku, dah tentu2 aku jawap nie "sekali pandang, terus jatuh cinta". Tapi betul ke ? Kalau dua kali pandang jadi cinta ape pulak ? 

Agak jiwang jugak la malam nie bila berbicara tentang cinta dengan kawan . HAHAHA . Amik mood katakan . Banyak benda yang die kongsi, pendapat yang die bagi dan sangat teruja bila dengar . Mungkin pada pendapat seseorang Love At First Sight nie terjadi bila kita dah setkan ciri-ciri pasangan idaman kita dalam kepala . Suatu hari bila tiba masanya untuk kita jumpa dengan dirinya, mereka pon akan jatuh hati . Agree tak dengan statement nie .

Sebenarnya, pada aku benda nie perkara yang sangat subjektif . Sering diperkatakan oleh orang ramai . So, tak hairanlah kalau seseorang tu memang sukar untuk mencari cinta . Mungkin belum tiba masanya atau mungkin ada sesuatu yang bermain dalam fikiran mereka . Kita tidak tahu kan . Atau mungkin die menunggu Cinta Pandang Pertama mereka . Tak mustahilkan . Apa yang penting kat sini, kita mesti bersyukur dengan apa yang ada depan kita . Jangan dok memilih sangat . Terima seadanya . 

06 January 2012

Seronok !

Dear Readers...

Just nak cakap seronok dapat pulang ke Kampung Halaman@Rumah Tercinta :)

.....Bahagianya hidup.....

01 January 2012

Semoga 2012 Lebih Bermakna

Dear Readers ,


Hari ni bermulalah tahun baru 2012 .
Dan semua akan bercakap pasal 'AZAM & IMPIAN'.
Sama juga seperti aku .
_
_
_
Dan tahun 2012 akan menjadikan umur aku 21 tahun .
Yes, aku dah boleh daftar mengundi .
_
_
_
Semoga 2012 akan lebih bermakna sebab ???
Aku dah menjadi lebih matang(sikitlah).
Aku akan habis belajar awal bulan Mei nanti(Insya'Allah).
Aku nak cari kerja . Nak bayar hutang(PTPTN)
Lebih bersifat positif(sebelum nie negatif kot).
Aku akan cuba menjadi yang lebih baik untuk orang disekeliling aku :)

p/s : Harap tahun 2012 akan mengubah sedikit kekurangan dalam kehidupan kita untuk menjadi lebih baik .



 
.img {filter:alpha(opacity=100); -webkit-transition-duration:.5s; -moz-opacity:1.00; opacity:1.00;} img:hover {filter: alpha(opacity=100); opacity:1.00;} .img:hover {filter:alpha(opacity=60); -moz-opacity:0.6; opacity:0.6;}