Dear Readers, Follower & Blogger...
Kata orang, mengeluarkan airmata(menangis) tu bagus . Airmata adalah terapi untuk mata . Betul ke fakta tuh ???
Dan ada juga suara-suara yang mengatakan bahawa insan yang paling mudah untuk mengeluarkan airmata ini ialah wanita . Mana tak yer, asal tengok drama atau cerita sedih jea mesti tersentuh . Mesti airmata tuh mengalir dengan tiba-tiba . Yea memang tak dinafikan wanita cepat tersentuh hati :)
Tapi betul ke yang airmata nie boleh menjadi racun, dan juga menjadi penawar ??? Pelik kan . Kalau airmata itu adalah racun, apa sebab yer ? Mungkinkah disebabkan oleh kesedihan, kecewa dengan seseorang, putus asa dan lain-lain..Dan airmata penawar apa pula ? Sebab apa ? Mungkinkah disebabkan oleh kegembiraan semata-mata ?
p/s : Jangan titiskan airmata untuk orang yang tak pernah menghargai diri kita .