Hmmm..Hmmm masalah2.
11 February 2013
Hmmm..Hmmm masalah2.
Setiap manusia mempunyai masalah.
Dan setiap masalah itu pasti dapat diselesaikan.
Kita diuji mengikut tahap kemampuan.
Dan ujian itu datang dalam pelbagai bentuk.
Sekuat mana kita mampu bertahan.
Seteguh mana hati kita menerima ujian itu.
Sekental mana kita harungi dugaan.
Ingatlah, ada manusia lain yang dapat ujian lebih daripada kita.
Kita harus sentiasa bersyukur.
Walaupun bermacam dugaan dan rintangan yang datang.
Itu tandanya Allah sayang akan hamba2nya.
Pasti ada hikmah.
Kuatkan jiwa untuk menerima segala ujian.
Kuatkan minda untuk bersedia dengan dugaan.
Kuatkan hati untuk tidak lemah.
Jangan berputus asa sebab Allah sentiasa bersama kita.
Insya'Allah...
06 February 2013
Salam sejahtera kepada semua reader yang sudi jenguk blog yang tak seberapa ni.
Sekadar mengisi masa lapang bersama story yang dapat dilekatkan disini.
Ada ker yang baca setiap entry baru yang aku buat.
Hahaha never mind :)
Nak dijadikan cerita tentang tajuk besar yang bergerakk-gerak tu muncullah rekaan semata-mata ni. Ehhh ini betul-betullah. Hihihi. Apa yang dimaksudkan dengan tak pandai menipu ni? Confius? Jangan pening-pening. Tu cuma tajuk jea. HAHAHA.
Okay back to story. Kita ni manusia memang tak boleh nak menipu. Serius kan. Kalau menipu pon cuma berapa lama jea dapat bertahan. Sekejap je la. Confirm 100%. Kita tak boleh menipu orang lain dan diri sendiri. Yela, apa yang kita dapat dengan menipu. Lagi lah perasaan kita rasa gelisah, takut, dan macam2 lah. Betul tak?
Orang cakap, kadang2 manusia ni pandai menipu diri sendiri. Ehhhh? Silap tu. Manusia tak pandai tipu diri sendiri. Yela, kadang2 mulut cakap lain tapi dalam hati siapa yang tahu. Hihihi. Terasa pulak >__<. Betul. Aku pun manusia juga dan pernah terjadi macam ni. Dan rasa dia sangat sakit. Mana tak sakit. Kena tanggung penipuan yang kita reka sendiri. Yes, Tentulah berkaitan dengan perasaan. Apa lagi kan. HAHAHA. tapi kalau boleh lepaskan je apa yang terpendam dalam hati kita ni. Jangan simpan. Memang sakit.
Walaupun susah bagi kita nak kikis perasaan tu, tapi dengan cara tu jugalah kita dapat rasa tenang dalam diri kita. Serius. Jangan difikir perkara yang lepas. Banyak lagi benda baru yang bakal kita jumpa. Kehidupan kita masih panjang. Insya'allah ada sesuatu yang bakal kita perolehi suatu hari nanti. Percaya pada takdir.
31 January 2013
Salam semua...
Wah rajin pulak sekarang buat aktiviti menaip ni kan :)
Dulu punyalah malas nak menaip bagai ni.
Tapi sekadar hilangkan bosan dan berkongsi apa yang ada je la.
Hihihi ^__~
Tengok pada tajuk ! PENAKUTKAH AKU? Ehhh apa cerita pulak kali ni. Haaa ni lah yang dikatakan dunia ni kecik je. Hambik kau fana. Nak terkucilkan bila benda ni jadi lagi. Fuhhh ~~~~ Setelah lama benda ni jadi kat kau dulu ianya berulang lagi. Kali ni memang depan mata je. Nasiblah...
Cerita dia cume sebab ada someone yang aku memang tak kenal langsung duk perati aku. Kalau dulu dia follow. Haaa aku naik kereta dia naik motor. Pon boleh nak follow sampai kampung aku kan. Nasib baik tak ikut sampai rumah. Sumpah time tu cuak giler. Ingat tu pertama dan terakhir. Rupa-rupanya datang lagi dia kat hidup aku. Bapak ahhh. Kali nie memang depan mata. HAHAHA mau aku tak cam muka dia. Walaupun dah lamakan. Duk perati pulak aku kat kedai. Ishhhh giler babeng. Konon2 nak beli barang. Sekali aku toleh kat dia terus kelam kabut kan. Then mulalah datang cuak aku. Terus amik keputusan lari belakang kedai nak sembunyi. *Asalkan aku selamat time tu*. HAHAHA. Mau tak lari bila dia tengok macam tu. Errr seram lah aku. Bak kata adik aku kenapa mesti wujud orang macam tu. Hurmmm biasakan. Manusia ni macam2 perangai dia. So, tak boleh nak percaya kat siapa2. Lepas ni nak kene hati2. Tengok sekeliling dulu. Rasa selamat baru go. Hihihi. Tapi nasiblah dia tade kejar naik motor lagi. Tak tahu lah dia nak ape sebenarnya. Tak sempat tanya sebab dah ketakutan sangat2. Giler tak takut. Moral of the story, janganlah kuar sorang2. Hati2 dengan orang sekeliling. Tak boleh percaya kat semua orang termasuk orang yang rapat dengan kita. Mana tahu dia tikam dari belakang. Betul tak :)
p/s: Kepada semua. Hati2 bila berada disekeliling orang yang tidak dikenali..
29 January 2013
Dulu tiap hari kita jumpa
Sekarang setahun sekali pon tak nampak batang hidung
Dulu sehari tak dengar suara tak sah
Sekarang tak telefon pon takpe
Dulu kalau tak mesej kene marah
Sekarang tak mesej perkara biasa
Dulu sebelum tido mesti wish GUDNYTE
Sekarang dah tade lagi dah
Dulu masa telefon sayang nak end call
Mesti masing2 tak nak end call dulu
Tapi sekarang call pon tak
Dulu dapat share semua benda
Sekarang perkembangan pon tak tahu
Dulu dengan sekarang sangat berbezakan. Banyak yang berubah. Tak tahu kenapa. Ehh bukan berubah. Memang tak kan dapat balik macam dulu. Dulu adalah kenangan. Sekarang adalah masa depan. Just ignore yang dulu. Tak semua kenangan kita perlu ingat sampai bila2. Just jadikan pengalaman dan pengajaran dalam hidup. Pasti ada sesuatu yang bakal kita perolehi suatu hari nanti. Insya'Allah :)
Jangan salahkan takdir
Jangan menyesali apa yang telah terjadi
Jangan kau menangis mengenang nasib
Tanamkan dalam jiwa
Setiap yang terjadi ada sesuatu yang sangat bermakna
Jika di cerita tentang masa lalu, pasti macam2 yang bermain di minda. Jika di ingat cerita lama, pasti kau tersenyum lebar. Jika diingat kenangan lalu, pasti ada yang mengalir airmata. Sesungguhnya, kenangan yang tersemat dalam jiwa tak boleh di "DELETE". Tapi jika kenangan itu sangat mengganggu cubalah untuk merelakan dia pergi dan hilang dari mindamu.
Tak semua indah dalam hidup. Tapi belajar untuk menerima apa sahaja yang datang. Mungkin itu adalah salah satu ujian dalam hidup kita. Tiada pahit kita tak akan rasa manisnya kehidupan ini. Lumrah Hidup.
Saat ini, banyak yang aku cuba untuk lupakan. Sangat sakit. Sangat perit. 4 years bkn tempoh masa yang kejap. Kadang-kadang semua benda nak ingat dan tak hairanlah bila airmata jatuh. Nampak seperti tiada masalah. Tapi dalam hati tak siapa tahu. Terasa berat beban yang di tanggung. Tapi cukuplah untuk memerhati dari jauh. Sebab aku tahu pertemuan itu hanya sekejap. Dan bila dapat memiliki memang terasa indah. Walaupun sekejap banyak benda yang boleh di ceritakan. Banyak benda yang kita kongsikan. Sehinggalah sekarang. Kenangan itu menjadi peneman.
24 January 2013
Jika dipersoalankan tentang kehidupan
Banyak coretannya
Banyak lukisannya
Banyak kenangannya
Jika dulu kita bersama
Kini kita hanya sejarah
Jika dulu kita bersua
Kini kita hanya merasa kerinduannya
Engkau adalah semangat
Engkau adalah sahabat
Tidak perlu bersedih
Tidak perlu meratap
Hakikatnya engkau dan aku tidak lagi bersama
Dan tidak mungkin melakar kenangan
Simpanlah apa jua yang ada
Sebagai penemuan yang tiada akhirnya...
23 January 2013
Hye guys !
Hari ni anda semua sihat tak? Okay tak?
Harap-harap kalian sihat, ceria dan gembira menempuh hari-hari yang mendatang :)
Bila aku intai post title kat atas tu rasa pelik. Kenapa tajuknya sebegitu rupa? Hurmmm.... Pahit manis hari-hari yang kita lalui banyak memberi pengalaman yang pasti kita akan kenang suatu hari nanti. Kalau kita lalui kepahitan, pasti ade kemanisan yang akan datang. Sebab semua benda yang terjadi adalah kehendak tuhan. Tuhan tak akan menguji hambanya jika kita tidak tabah dengan dugaan tersebut. Dan dengan dugaan itulah kita akan diberi kemanisan atas kemahuannya. Dugaan yang kita terima berbeza dengan orang lain. Kita tidak tahu, ramai lagi orang yang diuji dengan lebih olehNya. Kita sebagai hamba perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Sentiasa beringat. Pahit manis hidup semuanya telah ditentukan. Tiada pahit kita tidak akan kenal kemanisan yang ada disebalik kepahitan itu. Sekian...
22 January 2013
Salam warga blog.
Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bernafas lagi hari ini.
Sesungguhnya sebagai manusia terlalu banyak perkara yang perlu kita hadapi. Sedar tak sedar bermacam-macam dugaan yang datang. Bermacam-macam perkara yang kita lihat dengan mata kasar. Setiap hari yang berlalu memcoretkan bermacam kenangan dan pengalaman. Setabah mana pon kita pasti terasa sakit untuk menghadapi semuanya. Nampak ceria tapi mereka tidak tahu apa yang kita rasa dan fikir. Dalam riak wajah setiap manusia kita tidak boleh membaca fikiran mereka. Kita tidak tahu apa masalah mereka. Walaupun nampak mereka tersenyum ketawa, tapi sedarkah kita yang mereka mempunyai masalah. Sememangnya kita sebagai manusia mempunyai perwatakan yang berbeza. Tidak ade siapa kenal siapa diri kita yang sebenarnya melainkan kita sendiri. Dan diri kitalah yang dapat mengubah semuanya.
12 January 2013
Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to farhana...
Happy birthday to you........
Hambik kau. Besday sendiri nyanyi sendiri. Btw Happy 22 Birthday to me.... Yeeehuuuuu... I'm 22 years old now. Dan bila birthday menjelma maka maxis pon bagi call free la kan. Mau tak gembira dapat call free. Nak tunggu lama tu. So, gunakan peluang yang ada untuk call insan2 yang bertuah. Uppsss !
Btw, just want say thank to all my friend yg wish my birthday. Thank you very very very much.... Mmmuuaahhh. Nak mintak hadiah jugak kat korg. HAHAHA. Haihhh macam2 wishlist on my birthday ni. Biasalahkan semua nak yang baik2 jea. Yela, siapa nak yg tak baik kan..kan..kan...
Ada jugak tu yang request macam lain macam bunyi die. Ehhhh bahasa ape aku guna ni? Tak kisahlah. Yang wish suruh cepat2 kawin tu..cepat2 dapat jodoh tu... Amin.... Doa2 jela. Tapi saya muda lagi. Ehhh perasan jap ^__~ . Hamboi terus suh kawinkan. Nanti2 la. Tu tunggu tahun2 akan dtg. Saya nak kawan2 saya yg kawin dulu. Sebab.....Tetttttt..... HAHAHA.
Ape2 pon doakan yang terbaik dalam hidup saya. Amin :)
Thank again......
11 January 2013
SAYA MEMERLUKAN SEMANGAT DARIPADA ORANG DISEKELILING SAYA
PLEASE SUPPORT ME !
ANDA ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA HIDUP SAYA.
I KNOW, I'M NOT PERFECT.
BUT PLEASE GIVE ME CHANCE & FORGIVE ME.
07 January 2013
SEMOGA HARI ESOK AKAN LEBIH BERMAKNA DARIPADA HARI INI
SEMOGA APA YANG DIRENCANAKAN UNTUK ESOK DAPAT DICAPAI
PERCAYA PADA DIRI
JANGAN CEPAT PUTUS ASA
INSYA'ALLAH
SEMUA YANG KAMU MAHU KAMU AKAN DAPAT DENGAN ADANYA USAHA
HARAP APA YANG BERLAKU ESOK ADALAH PERMULAAN BAGI DIRI KAMU
05 January 2013
Assalamualaikum.. Jumpa lagi kita untuk entry yang tak seberapa sangat nie. HAHA. Duk bosan tak tahu buat apa lebih baik aku habiskan masa dan penatkan jari jemari untuk merapu kat blog sendiri. Uppsss !!!
Actually i'm totally bored. Yes BOSAN ! Haihhh bila lah dapat rezeki kerja bagus2 macam orang lain. Kumpul duit. Beli pape pon guna duit sendiri. Tadelah harap pada family lagi dah. Dan yang paling penting, hutang aku. Ouhhhh sape nak bayar??? Berjanggut nak bayar gak tuh. Haishhh banyak yer tanggungjawab. Nampak dengan tak nampak je. Hikhik.
So, sekarang still looking for a job yang ade lah kan. Hurmmm aku nie bukan memilih sangat wahai kawan2 semua. Cuma aku jenis tak suke buat sesuatu kerja yang totally aku tak minat. Seriusly, sape boleh faham situasi aku nie bagus sangat2. Kita geng. HAHAHA. Yela, daripada kite merungut+membebel tiap hari pasal kerja tu lagi sakit hati. Datang kerja nak tak nak. How???
Sekarang tengah dilema. Tapi pasal ape??? Ngehngeh. Nanti2 lah story morry. Just berserah pada rezeki. Tade kat sini maybe tempat lain. Just think positive. Semua orang tak lari daripada masalah. Orang ckp tak semua benda yang kita nak dalam hidup kita boleh dapat dengan mudah. Tapi tak mustahil. Kalau kita berusaha untuk dapatkan benda yang kita nak sangat tu pasti kita dapat walaupun bertahun-tahun kita tunggu (^_~)
03 January 2013
"ADA KETIKA KITA TERPAKSA MELUPAKAN IMPIAN DAN CITA-CITA KITA YANG DAH LAMA KITA TUNGGU DEMI MENJAGA HATI MEREKA YANG BERADA DISEKELILING KITA"
" ADA KETIKA KITA TERPAKSA AKUR DENGAN SEMUA YANG DIRENCANAKAN UNTUK HIDUP KITA BAGI MEMUASKAN HATI SETIAP ORANG"
"PERNAH KITA ALPA DENGAN APA YANG TELAH KITA PEROLEHI TANPA KITA MEMANDANG DARI SUDUT YANG TIDAK PERNAH KITA SEDARI"
"JADIKAN SESUATU PERKARA YANG BAIK ITU SEBAGAI LANDASAN HIDUP KITA UNTUK KITA TERUS BERINGAT"
"PERCAYA PADA DIRI SENDIRI DAHULU SEBELUM KITA PERCAYA PADA DIRI ORANG DISEKELING KITA"
~2013~
Yeah ! Tahun Baru !
Dah masuk 3 januari 2013.
Hope tahun ini lebih ceria, lebih semangat, lebih, lebih dan lebih lagi.
Bukan tahun ni or hari ni je.
Kenalah hari2 semangat kan.
Yela, hari-hari yang mendatang ni bagaikan diari kita untuk tahun ni.
Hari ni cerita lain, esok lain then lusa lain.
Setiap hari berbeza-beza benda yang jadi dalam hidup kita.
Kadang kita diatas dan kadang kita dibawah.
But don't give up.
Trust yourself & be strong.
And please take a note about what happen to you.
Jangan benda tu b'ulang lagi.
AZAM
Sama macam orang lain.
Upss tade lah sama sangat. Mesti lain kan.
Tapi semua orang nak yang baik-baik dalam hidupkan.
Same with me la.
Sape yang tak nak benda baik.
Cuba tanya semua orang. Bila dengar azam masing2 haishhhh...
Nak itu lah, nak ini lah.
Kata pun azam.
Mestilah kita nak capai target azam kita tu kan.
Yes. Semangatlah semua untuk capai impian korang.
Semoga berjaya :)
Subscribe to:
Posts (Atom)