Blogger Backgrounds

30 November 2011

Mimpi yang amat mengejutkan

Hye Blogger & Hye Readers..
Okay, mimpi ape nak update blog awal2 cam nie..
Biasa tengah malam baru nak datang ilham..
HAHAHA . Entah lah..
Pasal mimpi malam tadi !
Tersangat-sangat mengejutkan aku .
Husshhhhh ape pon tak boleh..
Kadang aku terus bangun dengan keadaan tergesa-gesa..
Nak tahu aku mimpi pasal ape . Haaaa mimpi aku nie pasal TIKET BAS . HAHAHA . Agak lawak kan . Tapi memang tu hakikatnya . Entah tetiba dalam mimpi tu aku dapat panggilan dari membe aku iaitu ouhhmiera dan die tanya aku kat mana . Then aku cakap lah kat rumah . Time tuh aku tengah seronok2 mengumpat orang with my family kan . HAHAHA . 

Pastu si ouhhmiera nie cakap dah pukul berapa nie . Suara die time nie agak lain macam . Dengan blur2 aku tanya kenapa ? Kan kita nak balik POLI . HAaaaaaa agak terkejut pulak aku time nie . Sumpah aku cakap ngn die betul ke hari nie . Kenapa pulak nak balik Poli . Kan cuti dan blahblahblah......

Hari nie 30/11/2011 . Kena balik sana . Hushhhhh terkejut . Dengan lincah2 aku cakap kat die yang aku tak mandi lagi . Barang tak kemas . Jam dah menunjukkan tetap pukul 1.00pm.... Bas kami pukul 2.15pm katanya.. arghhhhh alamak . macam mana nie . Dalam tengah2 tuh aku terfikir bila aku pergi beli tiket tuh . Ade ker ??? Then aku selongkar beg aku . Jumpe lah tiket bas Causeway yang selalu kami naik tuh . HAHAHAHA . Yesss tengok mmg tarikh 30/11/2011 dan balik semula 5/12/2011 . Alamakkkk hati aku berkata "dah macam tiket flight siap ade tarikh balik"

Aduhhh aku macam kene panah petir time nie . Sumpah agak kalam kabut aku dibuatnya . Walaupun mimpi, aku rasa cam betul jea situasi nie . Mana tak ye kan . Bangun2 jea aku capai handphone tengok tarikh hari nie betul 30/11/2011 . Hushhhh berdezupp jantung aku time nie . Dalam hati "nasib baik mimpi" . Errrrrrr loser kan . HAHAHA . Kenapa lah aku mimpi cam nie . Orang tua-tua kata kalau mimpi cam nie petanda nak dapat duit yang banyak . Hikhikhik....!!!






Melatah ke aku ?

Hye Blogger & Readers..
Huhhhh tetiba ade aura yang memanggil-manggil untuk aku menaip malam nie..
Walaupun rasa malas, tapi ku gagahi jua..
Ceewaahhh lebih pulak daaa :D

Okay, berbalik dengan tajuk kat atas tuh..
Of course lah uolls semua tahu kan..
Rasa buruk tak kalau uolls ade perangai tuh..
HEHEHE

Bukan apa, pada aku budaya melatah ni adalah satu fenomena atau lebih dikenali sebagai satu sindrom(hehehe..pandai2 jea kan) . Masyarakat kita nie, terutama orang melayu memang cukup sinonim dengan budaya melatah nie kan . Bukan kata orang tua, yang muda pon sama jea(aku macam terasa lah) . HAHAHA . Aku tak penah jumpe orang cina or india melatah pon . Ke aku tak perasan kan .

Aku ade terbaca lah kan ade seorang Pakar Psikologi ni menjelaskan bahawa melatah nie disebabkan oleh situasi terkejut yang melampau . Haaaaaa... TERKEJUT . Aku sokong . Bukan melatah yang tersangat-sangat teruk kan . Siapa sokong :D

Actually, aku nak buat pengakuan yang aku sebenarnya ade sikit2 terkena badi sindrom melatah nie . Tapi pada aku kan, aku tak melatah . Just terkejut & terkujat jea bila ade orang yang terperanjatkan aku . HAHAHA . Yesss serius . Aku mmg tak melatah . Lalalalalala...

Okay lah, tade benda nak share lagi kot . HEHEHE . Just nak mintak maaf kepada Cik Ani yang merangkap housemate aku sebab aku cakap kat die yang aku pergi jumpe bomoh sebab nak buang badi melatah nie . HAHAHAHA . Kenapa erkk tetiba rasa nak kene kan die . Ape pon tak boleh lah . Cian kat die tuh . Macam2 aku cakap kat die . Aku cakap bomoh tuh bagi air suh minum lah . HEEEEEE sorry ehhh . Tapi die tak tau . So, sssshhhhhh ....LALALALALA !!!

Kepada kawan2 saya, jangan lah kacau saya lagi yupp . Mintak simpati nie . Aku nak pulih seperti sedia kala . Cehhhh ayat cam ape tah kan . Eiii aku terasa cam buruk tol perangai bila melatah depan orang . Pastu cakap benda2 yang tak sepatutnya pulak tuh . Ishhhh tak dapat dimaafkan tol perangai aku nie lah . Hukhukhuk .

p/s : 
JANGAN SUKA CUCUK ORANG YANG MELATAH NIE . TAK BAIK UNTUK KESIHATAN . KEPADA SESIAPA YANG SUKA USIK ORANG MELATAH, NANTI UOLLS PON AKAN BERGABUNG DENGAN MEREKA JUGA . hahahaha .

PESANAN RINGKAS  DARI SAYA :) 


29 November 2011

Terdetik dihati

Sekuat mana saya setia, 
Sehebat mana saya merancang,
Selama mana saya menunggu,
Sekeras mana saya bersabar,
Sejujur mana saya menerima awak,
Jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama,
Maka, kita tetap tidak akan bersama.


RENUNGAN BERSAMA...


27 November 2011

Ingat Sampai Bila-Bila

Haaa seronoknya lah kan duduk rumah . Macam-macam kita boleh buat . Macam-macam perkara yang kita boleh borak dengan family kita . Masa nie lah baru kita nak spend time dengan family . Kalau tidak, hurmmmm susahnya lah nak berkumpul .

So, bila dah berkumpul dengan family nie lah masanya kene POT PET POT PET . Haaaaa amik kaw . Biasa lah tu kan . Kalau tak kene bebel wif My Lovely Mother memang tak sah lah cuti aku kali nie . HAHAHA . Bebelan tuh ade makna sebenarnya . Ala-ala nasihat juga lah kan . So, sebagai anak kene lah dengar dan jangan nak buat muka bila kene Pot Pet . HEHEHE . Biasa aku buat cam tu lah . JUJUR nie :)

Okay, nie merupakan beberapa nasihat ibu kepada anak die yang separuh degil nie :
1) Duduk rumah jangan malas-malas sangat . Bersihkan rumah . Sapu sampah .
2) Belajar masak . Nanti dah kawin tak reti masak padan muka .Duduk dengan mak mertua kene masak nanti tak tahu pape .(tiap-tiap hari bende nie mak cakap) HAHAHAH
3) Pasal duit PTPTN lagi lah . Simpan duitnya . Ingat sikit bila nak kene bayar balik nanti dan blahblahblah..
4) Kalau berkawan tuh jangan main ikut orang suka hati . Orang sekarang bukan boleh caya . Kalau tak kenal jangan dilayan . Kalau orang ajak keluar pergi mana-mana jangan ikut . Kalau berkawan jangan nak suka-suka sangat . Ingat sikit batas-batasnya . (Huhhhhh penat jugak aku nak dengar nie. Banyak ouhhh kene ceramah khas dgn mak sendiri)

Hampir sejam juga aku duduk terpaku depan mak aku tadi . Dengar ceramah-ceramah dari mak tersayang . Walau apa pun nasihat tuh semua adalah demi kebaikan aku juga . Siapa lagi kan yang nak Pot pet pot pet kat aku kalau bukan mak sendiri . Tu lah orang cakap, nasihat ibu nie lain sikit . Kita akan ingat sampai bila-bila .


TERIMA KASIH MAK SEBAB MEMBERI NASIHAT KEPADA ANAKMU NIE :)


26 November 2011

Gemuruh Suara

HAHAHAHA


Jom dengar lagu nie :)
Rasa semangat kan .

~ GEMURUH SUARA ~

Hidup Itu Indah

Assalamualaikum..
Hye Blogger & Hye Follower..

Jika kita sebagai manusia yang ingin bercerita mengenai soal hati, soal perasaan sememangnya begitu sukar untuk ditafsirkan kerana semua itu berkait dengan perjalanan sesebuah kehidupan . Oleh itu, setiap apa yang ingin kita lakukan, apa yang ingin kita fikirkan adalah saling berkait rapat dengan kehidupan kita .

Sejauh manakah kita ingin rungkaikan bahawa HIDUP ITU INDAH ??? dan sejauh mana pula di antara kita yang boleh menerima yang indah itu hanya sementara ?? Atau mungkin pada kita itu semua hanya sebuah perkataan yang tidak mempunyai erti ?? Atau mungkin kita tidak pasti dengan kehidupan kita sendiri . Tidak pasti tentang apa yang kita inginkan ???

Sebab itulah, tanya pada hati . Pujuk lah hati untuk belajar menerima kebaikan dan kekurangan yang ada . Apa yang kita semua tahu, dalam kehidupan ini sesuatu itu dijadikan berpasang-pasangan . Ada baiknya, ada buruknya . Jika kita tahu untuk mengawal hati dan juga perasaan, maka kita juga lebih mudah untuk memilih sesuatu dalam hidup kita .

sekadarrenunganbersama :)

25 November 2011

Love Harimau Muda

Assalamualaikum..


Hye Blogger, Hye Follower and Hye Readers..

Agak lama juga kan aku tak skodeng blog nie . Tak ade new entry yang nak di update . Almaklumlah minggu exam nie semua sibuk . Semua nak study . HAHAHA . Tapi aku study ala kadar jea . Tak tau la erkk nape . HUHUHU . 

Okay, untuk entry kali nie khas untuk team HARIMAU MUDA kita . Harimau Muda ??? Apa tuh ??? ehhhh tak kan tak taw kot . HAHAHA . Team bola sepak MALAYSIA . Yeahhh kalau uols semua tengok Sukan Sea yang dekat Indonesia mesti uols tahu perkembangan mereka nie :)

Walaupun bende nie dah beberapa hari berlalu, tapi pada aku kehangatannya masih dirasa lagi . Mana tak yer, fenomena bola sepak nie tak kan dilupa kot oleh orang ramai . Ada juga yang cakap macam nie " MAKAN BOLA, TIDUR BOLA & MANDI PON BOLA ". Haaa tengok lah . Betapa kuat yer aura bola sepak nie kan .

HAHAHA 21/11/2011 tuh mmg terbaik lah buat team Harimau Muda . Agak kecut perut aku tengok mereka main . Eerrrr....seram sejuk rasa yer . Lagi2 time penalti tuh kan . Lagi sakit jiwa tengok . But, congrate to team Harimau Muda sebab bertungkus-lumus nak menaikkan nama negara dalam arena bole sepak nie .

We Love Harimau Muda :)

Okay, pada sesiapa yang tak tengok saat2 kegembiraan Harimau Muda hari tuh, boleh tengok disini ye .
Yeahhhhh !!!

13 November 2011

I nak ngurat U boleh ?

Hye Blogger ku tercinta .
Hye Follower ku yang sayang .
Hye readers ku yang dikasihi .
HAHAHAHA
Rasa nak bagi pelempang maut tak ???
Almaklumlah, kepala dah sikit senget nie .

(^_~) Kenyit-kenyit .
Dalam hati wewitt..wewitt..
Awak..nak ngurat boleh .
What ???
Mintak izin bapak dulu lah .
Saya kan anak bapak .

(~_^) Hurmmm kenyit dengan muka menjengkelkan .
Perlu ker bagi tau bapak U yang I nak ngurat .
Hampeh lah..


12 November 2011

Hati ku Gembira .

Hye Follower & Hye Readers
LALALALALA :)
Gembiranya rasa hati aku .
Sedang melompat-lompat kegembiraan .
Alangkah seronoknya bila tiap hari ditemani kegembiraan seperti ini .
HEEEEE yahoooo !
Bunga-bunga sedang mekar . 
Seperti baru disirami air .
Alangkah best yer hidup .
HAHAHAHA

Apa motif sebenar aku sekarang nie .
Gembira pasai paa .
Hurmmmm mulalah nak merepek .
HAHAHAHA
Soie yer . Saja nak testing menaip nie .
Tu yang terkeluar semua tingkahlaku yg kurang sopan .
ngeeee~~~
KBAiii :D

09 November 2011

Wahai perut . Maaf kan aku .

Hye Blogger & Hye Follower

Untuk tajuk entry kali nie . Macam pelik kan bunyi yer . Apa aku dah buat pada perut aku . HAHAHAHA ... Kenapa aku minta maaf ??? Kenapa Kenapa & Kenapa . Apa yang dah aku buat ??? heeeee saje jea kan . Perut ouhh Perut . Kesian kau hari nie . Bukan salah aku . Salah adik dgn kakak aku . Mereka yang ajak aku pergi tempat tu & paksa aku untuk makan-makanan tuh . Ya, memang aku dah tolak . Tapi aku tak terdaya untuk menidakkan setelah dipaksa & terasa ingin mencuba . Haihhh apalah nasib . Aku tak kuat untuk melawan dan aku terpaksa untuk masukkan makanan tuh ke dalam perut . Dalam erti kata lain makan sikit jea . Heeeee...

eEhhhhh jap . Nak tau ape yg aku masukkan ke dalam perut . HAHAHAHA . Makanan nie mmg tak pernah aku makan before nie . Nie first time aku masuk tempat tuh & makan kat situ . Tak kesahlah org nak cakap ape . Dah mmg tak suke . Nak buat macam mana kan . Uolls tahu kan SUSHI KING . Haaaa situ lah . What, makan sushi ? First perkataan yang keluar TAK NAK & BACIN . Rasa jahat tak aku cakap cam tuh . Yela aku mmg tak suke benda pelik2 nie (bagiakumemangpelik) . Then aku terpaksalah try juga . Mula2 tuh mmg rasa terpinga-pinga . Sekali aku rasa cam nak kuar balik jea . Tak sedap . Haihhh cam mana lah adik & akak aku suka . heeee tekak lain2 kan . So, aku terpaksa lah makan walaupun sikit . Tapi aku tak makan sgt sushi yang like lembik2 letak pulut tuh . Grr tak leh telan . 

Sorie lah perut . Aku tau kau tak nak . Tapi nak buat macam mana . That why lah ehh malam nie kau meragam . Nak balas dendam nampak . Dah 3 kali aku keluar masuk bank kau tahu . Tak larat nie . Sudah2 lah tuh meragam . Lain kali tak makan lagi dah . Heeee


p/s : Kepada kakak & adik kalau nak pergi makan sushi tuh lagi jgn ajak aku tawukkkk !!!

06 November 2011

Kenapa Mesti Ada Rindu

 Kepada blogger, Follower & juga stalker .

Hari nie rasa sayu bila terkenang kisah lama, memori lama dan cerita setiap perjalanan aku .
Dan dari situ lah terlintas dihati untuk aku berkongsi setiap apa yang aku rasa pada saat ini .
Hanya yang maha Esa saja mengerti setiap bicara yang aku rungkaikan ini .
Kerana ianya sudah tertulis buat diriku sebagai hambanya dimuka bumi ini .

Bagi aku terlalu sukar untuk diri ini nak mengikhlaskan hati . Lemahnya iman aku ni . Penat untuk bersabar . Penat juga untuk menunggu . Apa lagi untuk bertahan ... Tetapi hasilnya tetap sama pada diri . Masih ada rindu pada si dia yang bukan milik aku .

Ya'Allah... Ikhlaskanlah hati hambamu ini . Lepaskanlah dia dari hati ini seandainya dia bukan milikku . Datangkanlah rindu pada dia yang benar-benar untuk diriku . 

Dari lubuk hatiku, aku sudah tidak sanggup untuk menghadapi situasi sebegini lagi . Sedih dengan diri sendiri . Walau tabah dan kuat macam manapun, aku tidak boleh tipu pada diri aku sendiri . Walaupun pada pandangan orang lain aku seperti tiada apa2, tetapi hakikatnya sangat jauh berbeza .

Dan dengan ujian seperti ini, aku sangat berharap agar diri ini terus kuat dan ikhlas untuk menempuh hari-hari yang mendatang . Aku berharap, hati ini terus ikhlas untuk menerima apa sahaja yang akan berlaku satu hari nanti .


TAPI PADA HAKIKATNYA.....



sayamasihrindukandirinya :(

05 November 2011

Antara Cinta, Sayang, Suka dan Minat

Hye Blogger sekalian .
Mulakan harimu dengan senyuman okay .
Okay untuk entry hari nie, sila lihat Title kat atas .
About What ???
ANTARA CINTA,SAYANG, SUKA & MINAT .
Agak2 kenapa ye aku buat entry nie .
Adakah aku sedang jatuh CINTA ???
Ouhh tidakkk !
Adakah aku SAYANG pada seseorang ???
Mungkin ya . Tapi siapa !
Adakan aku minat dengan dia ???
Siapa insan tuh yer !
Dan adakah aku sedang meminati seseorang ???
HAHAHAHA macam2 kan :)
Actually saja jer buat entry nie . Tade kene mengena kowt dengan diri ini . hikhikhik(gelakgediklahtuh) . Okay jom kita survey2 sikit .

CINTA
adakah kita memang betul2 mengharapkan dia menjadi milik kita ? Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu dan seboleh-bolehnya kita tak nak sakitkan hati dia . Adakah kita akan sentiasa berfikir akan dirinya ? Mungkin juga kita akan sentiasa mengambil berat ke atas dirinya . Kira macam sentiasa nak update perkembangan dia lah . heeeee ~~~
SAYANG
adakah kita memerlukannya di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi kisah duka kita ? Biasanya kita akan sayang seseorang tuh bila dia menjadi pendengar yang baik untuk masalah kita (yeker) . Maksudnya sayang nie ditujukan kepada seseorang yang boleh meluangkan masa dia bersama kita . Kita juga boleh sakitkan hatinya kerana kita tak cinta kepada dia . Boleh ker cam tuh ??? HAHAHAHA
SUKA
perasaan suka nie akan datang bila2 jea . Mungkin kita suka dia kerana dia kelakar, happy-go-lucky dan sebagainya . Tapi perasaan nie tak lah sehebat macam yang lain sebab kita tak akan rindu pada dia yang kita suka walaupun tak jumpa berminggu-minggu . Maksudnya, kita suka pada seseorang yang boleh buat kita ketawa dan gembira .
MINAT
minat nie lebih kurang macam kita tertarik dengan apa yang ada pada dirinya untuk kita mendekatinya . Kalau nak lebih faham, contohnya kita minat pada sesuatu barang then kita akan berusaha untuk dapatkan barang tuh . Betul tak . Heeee~~~

p/s : Tapi ingat lah tanpa MINAT, SUKA dan SAYANG maka CINTA itu tak kan muncul dalam    sekelip mata . 



Si Peminta Sedekah

Hye Blogger, Hye Follower & Hye Stalker
Hari nie aku nak buat entry pasal tajuk kat atas tuh .
Cube jeling sikit kat atas . Nampak tak ???
SI PEMINTA SEDEKAH
Woowww ...
Apakah nak luahan rasa ketidakselesaan kerana diri dihampiri oleh peminta sedekah atau sebaliknya nie ???
Okay, just nak share jer pasal bende nie .
Tade kene mengena dgn org lain okay :)
Pada pendapat uolls lah kan, perlu ker kita nie sebagai manusia memberi sedekah kepada setiap peminta sedekah yang datang dekat dengan kita ?? Bukan apa, sekarang nie kalau kita tengok mmg ramai peminta-peminta sedekah di jalanan kan . Sebagai manusia, kita pun ade perasaan untuk membantu mereka . Tapi perlu ke semua kita bantu ??? Pada pendapat aku lah kan, selagi kita mampu untuk menghulurkan bantuan tidak salah sekiranya kita cuba untuk meringankan beban mereka . Tapi yang menjadi masalah yer sekarang, macam mana kalau peminta sedekah yang datang tuh sihat dan masih mampu untuk menggunakan tenaga mereka untuk bekerja . Mereka tuh cuma malas dan hanya mahu hidup senang dengan meminta sedekah pada org lain . Pernah tak uolls terfikir pasal benda nie ??? Atau mungkin ker uolls buat tak tahu jea bila org macam nie datang dekat dgn uolls ??? HAAAA byk kan perkara yang ade kat fikiran . heeeee~~~
Orang tua-tua kata rezeki mestilah dikongsikan dengan org lain . Walaupun 50 sen, mana tahu mereka mmg betul2 memerlukan bantuan dari kita . Soal tipu atau tidak tuh kita tolak ke tepi dulu . Kalau mmg mereka tipu, tu semua jadi urusan mereka satu hari nanti . Kita dah lepas sebab dapat meringankan rasa beban terhadap seseorang walaupun kita tak tahu mereka betul2 memerlukannya . Dengan hanya menghulurkan bantuan yang tak seberapa, ingatlah bahawa satu hari nanti mungkin kita juga akan memerlukan bantuan dari orang lain .

Sekian...

 
.img {filter:alpha(opacity=100); -webkit-transition-duration:.5s; -moz-opacity:1.00; opacity:1.00;} img:hover {filter: alpha(opacity=100); opacity:1.00;} .img:hover {filter:alpha(opacity=60); -moz-opacity:0.6; opacity:0.6;}