Blogger Backgrounds

06 November 2011

Kenapa Mesti Ada Rindu

 Kepada blogger, Follower & juga stalker .

Hari nie rasa sayu bila terkenang kisah lama, memori lama dan cerita setiap perjalanan aku .
Dan dari situ lah terlintas dihati untuk aku berkongsi setiap apa yang aku rasa pada saat ini .
Hanya yang maha Esa saja mengerti setiap bicara yang aku rungkaikan ini .
Kerana ianya sudah tertulis buat diriku sebagai hambanya dimuka bumi ini .

Bagi aku terlalu sukar untuk diri ini nak mengikhlaskan hati . Lemahnya iman aku ni . Penat untuk bersabar . Penat juga untuk menunggu . Apa lagi untuk bertahan ... Tetapi hasilnya tetap sama pada diri . Masih ada rindu pada si dia yang bukan milik aku .

Ya'Allah... Ikhlaskanlah hati hambamu ini . Lepaskanlah dia dari hati ini seandainya dia bukan milikku . Datangkanlah rindu pada dia yang benar-benar untuk diriku . 

Dari lubuk hatiku, aku sudah tidak sanggup untuk menghadapi situasi sebegini lagi . Sedih dengan diri sendiri . Walau tabah dan kuat macam manapun, aku tidak boleh tipu pada diri aku sendiri . Walaupun pada pandangan orang lain aku seperti tiada apa2, tetapi hakikatnya sangat jauh berbeza .

Dan dengan ujian seperti ini, aku sangat berharap agar diri ini terus kuat dan ikhlas untuk menempuh hari-hari yang mendatang . Aku berharap, hati ini terus ikhlas untuk menerima apa sahaja yang akan berlaku satu hari nanti .


TAPI PADA HAKIKATNYA.....



sayamasihrindukandirinya :(

1 comment:

AWESOME PEOPLE :)

 
.img {filter:alpha(opacity=100); -webkit-transition-duration:.5s; -moz-opacity:1.00; opacity:1.00;} img:hover {filter: alpha(opacity=100); opacity:1.00;} .img:hover {filter:alpha(opacity=60); -moz-opacity:0.6; opacity:0.6;}